LAPORAN

PERJUMPAAN 1/2012

1. NAMA AKTIVITI: Mesyuarat Agung 2012


2. TARIKH: 11 Januari 2012
3. MASA: 12.45 - 2.05
4. TEMPAT: Kelas 3 Berlian
5. KEHADIRAN: 50 orang

6. GURU PENASIHAT:
1.    Pn. Habibah Bt. Abdullah
2.  Pn. Siti Zaidah Bt. Ahmad
3.  En. M.Rozaimi B. M.Kamar (JU)

7. LAPORAN AKTIVITI:

Taklimat keahlian mengikut undang-undang sekolah diberikan oleh Pn Habibah.  Beliau menyebutkan kehadiran, yuran yang mesti dipatuhi oleh ahli.  Memandangkan unit ini terdapat ramai penyertaan yang sepatutnya (32 ahli sahaja) maka pihak guru penasihat akan mengambil tindakan menapis keahlian berdasarkan kehadiran, penglibatan pelbagai peringkat dan yuran.

Seterusnya En Rozaimi menyebutkan hal aktiviti.  Aktiviti yang utama ialah latihan bagi memahirkan ahli. Penglibatan di luar sekolah turut dinyatakan oleh beliau.  Antaranya perkhemahan dan pertandingan dan pemilihan sebagai atlit silat dalam Sukan Malaysia.  
Beliau meminta ahli melunaskan yuran bagi menampakkan kesungguhan menyertai unit seni bela silat.
8. HASIL AKTIVITI :

1. Senarai pendek nama exco 2012 dapat dihasilkan.

2. Yuran keahlian  RM 30/tahun.  Yuran latihan sumbangan untuk JU  RM 15/bulan.

3. JU meminta ahli-ahli supaya sentiasa perihatin dengan makluman dari pihak beliau mengenai sessi latihan.




SEGALA YANG TERTULIS DI ATAS IALAH ATAS NAMA PERSATUAN SENI SILAT PUKULAN MELAKA SMKIS © 2012