Perhatian kepada setiausaha unit bela diri :SSPM, sila pastikan anda menulis laporan seperti garis panduan yang dinyatakan oleh unit kokurikulum SMKIS. Sila lihat tutorial ini cara pelaporan aktiviti mingguan. Bagi mesyuarat agung 2012, saya sudah buatkan dan jadikan bimbingan.
Perhatian ke-2: Anda boleh melaporkan apa sahaja dalam laman utama, cuma tolong jaga beberapa garis panduan. Antaranya:-1. gunakan bahasa yang seperti mana anda menulis dalam buku.Maka tolong edit beberapa catatan yang terawal.2. pastikan gambar yang dimasukkan tersebut tiada nilai yang tercela.Editan saya lakukan pada gambar yang boleh mendatangkan ketidakselesaan pada pandangan orang tua-tua.
Unit anda melambangkan ketuanan melayu, maka paparkan tatasusila yang sebenarnya menjadi pegangan umat Melayu.

Perhatian semua ahli unit seni bela diri : SSPM.Sila semak senarai nama masing-masing.Bagi pihak guru penasihat, saya belum membuat semakan bersilang dengan jurulatih utama. Pun begitu saya sudah menggugurkan 1 nama dari senarai keahlian. Sehingga Jun 2012, masih terdapat 51 nama dalam senarai.Sila ambil tindakan bagi memudahkan guru memberikan markah kokurikulum menjelang penggal persekolahan ke-2 selepas Jun nanti.Tindakannya anda perlu memaklumkan guru penasihat dengan kadar yang segera.
SEGALA YANG TERTULIS DI ATAS IALAH ATAS NAMA PERSATUAN SENI SILAT PUKULAN MELAKA SMKIS © 2012